1. Raja Yosia meninggalkan nama yang sangat harum seperti kemenyan yang dicampur dengan cekap, seperti mengecapi madu yang manis atau seperti muzik pada pesta wain.
2. Baginda berusaha dengan jalan yang benar, untuk mengembalikan rakyat kepada Tuhan. Baginda juga membasmi kekejian pemujaan berhala.
3. Baginda setia kepada Tuhan dengan sebulat hati, dan pada masa yang penuh kejahatan, baginda memperkuat kesalihan umat.
4. Semua raja kecuali Raja Daud, Raja Hizkia, dan Raja Yosia, adalah orang yang sangat berdosa kerana meninggalkan Taurat Allah Yang Maha Tinggi. Oleh sebab itu raja-raja Yehuda lenyap.
5. Mereka menyerahkan kekuasaan dan kehormatan mereka kepada orang asing
6. yang membakar kota Yerusalem dan Rumah Tuhan. Maka lenganglah jalan-jalan,