8. Daripada 600,000 orang Israel yang menempuh perjalanan melalui padang gurun, hanya kedua-dua orang itu diselamatkan untuk menghantar bangsa Israel ke tanah pusaka mereka, sebuah negeri yang kaya dan subur.
9. Tuhan memberi kekuatan kepada Kaleb sehingga dia tua, maka dia dapat mendaki daerah perbukitan. Keturunannya mendapat daerah itu sebagai milik pusaka.
10. Dengan demikian seluruh Israel dapat melihat betapa baiknya mentaati Tuhan.
11. Kemudian menyusul para hakim. Masing-masing terkenal kerana jasanya. Mereka tidak pernah meninggalkan Tuhan dan tidak pernah menyembah berhala. Semoga mereka selalu dikenang dengan puji-pujian.
12. Semoga semua orang yang kita hormati itu bangkit kembali dari kubur dan hidup terus dalam keturunan mereka.
13. Samuel kesayangan Tuhan. Sebagai nabi Tuhan, dia mendirikan kerajaan dan mengangkat penguasa-penguasa bagi bangsanya.
14. Dia menghakimi umat menurut Taurat Tuhan, dan Tuhan melindungi Israel.
15. Oleh sebab kesetiaannya, Samuel terbukti sebagai nabi yang sejati. Kata-katanya membuat dia dikenali sebagai pelihat yang dapat dipercayai.
16. Ketika dikepung oleh musuh dari segala penjuru, dia berseru kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dan mempersembahkan korban seekor anak domba.
17. Lalu Tuhan mengguntur dari syurga dan memperdengarkan suara-Nya yang gemuruh.
18. Samuel membinasakan penguasa-penguasa Tirus dan Filistin.
19. Pada saat kematiannya, Samuel memberi kesaksian ini di hadapan Tuhan dan raja yang telah dilantiknya, “Aku tak pernah mengambil milik orang lain, bahkan sepasang kasut pun tidak.” Tidak ada sesiapa yang menuduh dia.
20. Sesudah meninggal, nabi itu masih menunjukkan bagaimana dia akan mati kelak, kepada Raja Saul. Dari dalam tanah, Samuel bertutur seperti seorang nabi untuk menghapus kejahatan bangsanya.