1. Yosua anak Nun, askar gagah berani yang menggantikan Musa sebagai nabi. Sesuai dengan erti namanya, dia menyelamatkan umat pilihan Tuhan. Dia mengalahkan musuh yang menyerang sehingga Israel memiliki tanah pusaka.
2. Alangkah gagahnya dia ketika dia mengacungkan tangan untuk memimpin serangan terhadap kota-kota!
3. Dia memimpin perang Tuhan, dan belum pernah ada orang sekuat dia.
4. Ingatlah bagaimana dia menghentikan peredaran matahari sehingga satu hari menjadi sama dengan dua hari.
5. Waktu dia dikepung oleh musuh dari segala penjuru, dia berdoa kepada Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa. Tuhan menjawab doanya dan mendatangkan hujan batu yang dahsyat.
6. Dia menimpakannya ke atas musuh dan membinasakan mereka di genting Bet-Horon, supaya bangsa-bangsa mengetahui akan seluruh kekuatan Yosua kerana dia berperang dengan sokongan Tuhan, oleh sebab dia dengan sepenuh hati mengikuti Tuhan Yang Maha Kuasa.