Sirakh 45:19-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Tuhan tidak suka melihat perbuatan mereka. Dia sangat murka sehingga membuat keajaiban dan membinasakan mereka dalam nyala api.

20. Lalu Tuhan menambah kehormatan Harun; persembahan daripada bahagian pertama hasil bumi diperuntukkan bagi imam-imam supaya mereka mempunyai cukup makanan.

21. Para imam boleh makan makanan yang dipersembahkan kepada Tuhan; Tuhan memberikannya kepada Harun dan keturunannya.

22. Tetapi Harun tidak mendapat tanah pusaka untuk miliknya. Tuhan sendiri menjadi bahagian warisannya.

23. Sesudah Musa dan Harun, Pinehas orang ketiga yang mulia, kerana giat mengabdi dengan bertakwa kepada Tuhan. Ketika umat Israel memberontak, dia bertahan dengan tabah dan berani, dan dengan demikian memperolehi pengampunan bagi bangsanya.

Sirakh 45