3. Di kalangan mereka ada yang menjadi rajayang terkenal kerana keperkasaan mereka;yang termasyhur sebagai penasihat bijaksana,dan yang mengucapkan nubuat-nubuat.
4. Mereka membimbing bangsa dengan pertimbangandan mengerti apa yang harus diajarkan kepada rakyatserta mengajar mereka dengan kata-kata bijaksana.
5. Mereka menggubah lagu-lagu merdudan menulis sajak-sajak.
6. Mereka kaya dan berkuasadan tinggal di rumah-Nya dengan tenteram.
7. Mereka semua orang yang dibanggakandan dihormati orang pada zaman mereka.
8. Beberapa orang antaranya meninggalkan nama baik,dan masih terus dipuji orang.
9. Ada juga yang tidak diingat lagi,tetapi lenyap seolah-olah tidak pernah hidup.Mereka seolah-olah tidak pernah dilahirkan,begitu juga keturunan mereka.
10. Tetapi berikut ini orang salih;perbuatan baik mereka tidak akan dilupakan.
11. Semuanya tetap tinggal pada keturunan merekasebagai harta yang diwariskan mereka.
12. Keturunan mereka setia kepada perjanjiankerana jasa nenek moyang mereka.
13. Keturunan mereka berlangsung selama-lamanyadan kemasyhuran mereka tidak akan pudar.
14. Jenazah mereka dimakamkan dengan tenteramdan nama baik mereka dikenang sepanjang zaman.
15. Kebijaksanaan mereka dikisahkan oleh bangsa-bangsadan mereka dipuji-puji oleh umat.
16. Henokh menjadi teladan taubat bagi semua generasi. Dia menyenangkan hati Tuhan dan diangkat dari bumi ini.
17. Nuh seorang yang jujur dan tidak bercela. Waktu terjadi bencana besar, dia memungkinkan kelangsungan umat manusia. Kerana dia, masih ada manusia di bumi ini sesudah air bah.
18. Tuhan membuat perjanjian abadi dengannya: Segala yang hidup tidak akan dimusnahkan lagi oleh banjir.