Sirakh 44:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Marilah kita memuji orang termasyhur,leluhur kita daripada generasi-generasi yang lampau.

2. Tuhan memberi mereka kehormatan besardan keagungan-Nya yang ada sejak awal zaman.

3. Di kalangan mereka ada yang menjadi rajayang terkenal kerana keperkasaan mereka;yang termasyhur sebagai penasihat bijaksana,dan yang mengucapkan nubuat-nubuat.

4. Mereka membimbing bangsa dengan pertimbangandan mengerti apa yang harus diajarkan kepada rakyatserta mengajar mereka dengan kata-kata bijaksana.

5. Mereka menggubah lagu-lagu merdudan menulis sajak-sajak.

6. Mereka kaya dan berkuasadan tinggal di rumah-Nya dengan tenteram.

7. Mereka semua orang yang dibanggakandan dihormati orang pada zaman mereka.

8. Beberapa orang antaranya meninggalkan nama baik,dan masih terus dipuji orang.

9. Ada juga yang tidak diingat lagi,tetapi lenyap seolah-olah tidak pernah hidup.Mereka seolah-olah tidak pernah dilahirkan,begitu juga keturunan mereka.

22-23. Tuhan membaharui perjanjian dengan Ishak demi Abraham bapanya, kemudian dengan Yakub. Dia mengulangi janji-Nya bahawa keturunan Abraham akan menjadi berkat bagi seluruh umat manusia. Tuhan menegaskan kepada Yakub bahawa dia akan diberkati, lalu memberi kepadanya tanah pusaka yang akan menjadi miliknya. Tanah itu dibahagi-bahagikannya kepada kedua belas suku.

Sirakh 44