Sirakh 43:9-22 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Bintang-bintang menambah semarak cakerawala,hiasan gilang-gemilang di langit Tuhan.

10. Tempatnya sudah ditentukan oleh firman Tuhan Yang Maha Tinggi;semuanya tidak pernah jemu dalam tugas menjaga.

11. Pandanglah pelangi dan pujilah Penciptanya.Betapa indahnya pelangi dalam semaraknya!

12. Dengan megah pelangi melingkungi bentangan langityang direntangkan Tuhan Yang Maha Tinggi.

13. Dengan perintah Tuhan turunlah salji;kilat menyambar untuk menjalankan hukuman Tuhan.

14. Lalu terbukalah gudang-gudang di langitdan awan-awan keluar seperti burung yang berterbangan.

15. Dengan kuasa-Nya Dia menebalkan awan-awan,lalu memecahkannya menjadi hujan batu.

18. Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.

19. Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.

20. Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.

21. Dia menghanguskan bukit-bukit dan padang gurun,seperti api membakar rumput.

22. Tetapi semua disegarkan kembali oleh kabut;sementara embun turun, udara menjadi sejuk.

Sirakh 43