Sirakh 43:5-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Agunglah Tuhan yang menciptakannya,dan dengan perintah-Nya, matahari mempercepat peredarannya.

6. Bulan pun tepat pada waktunya,penunjuk zaman dan penanda waktu.

7. Bulan menandakan hari-hari perayaancahayanya menjadi pudar setelah cahaya purnama.

8. Bulan memberi namanya kepada masa satu bulan;sinarnya bertambah secara ajaib dalam peredarannya.Bulan bersinar di cakerawaladan menjadi tanda bagi tentera angkasa.

9. Bintang-bintang menambah semarak cakerawala,hiasan gilang-gemilang di langit Tuhan.

10. Tempatnya sudah ditentukan oleh firman Tuhan Yang Maha Tinggi;semuanya tidak pernah jemu dalam tugas menjaga.

11. Pandanglah pelangi dan pujilah Penciptanya.Betapa indahnya pelangi dalam semaraknya!

12. Dengan megah pelangi melingkungi bentangan langityang direntangkan Tuhan Yang Maha Tinggi.

13. Dengan perintah Tuhan turunlah salji;kilat menyambar untuk menjalankan hukuman Tuhan.

14. Lalu terbukalah gudang-gudang di langitdan awan-awan keluar seperti burung yang berterbangan.

15. Dengan kuasa-Nya Dia menebalkan awan-awan,lalu memecahkannya menjadi hujan batu.

18. Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.

19. Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.

Sirakh 43