Sirakh 43:18-33 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

18. Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.

19. Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.

20. Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.

21. Dia menghanguskan bukit-bukit dan padang gurun,seperti api membakar rumput.

22. Tetapi semua disegarkan kembali oleh kabut;sementara embun turun, udara menjadi sejuk.

23. Dengan kuasa-Nya Dia meneduhkan samuderadan menempatkan pulau-pulau di sana.

24. Para pelaut menceritakan bahaya di lautan;dengan hairan kita dengar akan kisah mereka.

25. Sebab hal-hal aneh dan menakjubkan terdapat di sana,pelbagai makhluk hidup dan binatang yang dahsyat.

26. Setiap utusan Tuhan berjaya dalam tugasnya,segala sesuatu diatur oleh firman-Nya.

27. Masih banyak yang dapat dikatakan, tidak ada penghabisannya;dengan singkatnya, Tuhan adalah segala-galanya.

28. Bagaimanakah kita dapat memuji Dia?Dia lebih besar daripada segala ciptaan-Nya.

29. Tuhan sangat agung dan menakutkan,kuasa-Nya teramat menakjubkan.

30. Biarpun kamu memuji Dia dengan sedapat-dapatnya,Dia lebih besar daripada pujian itu.Biarpun kamu mengagungkan Dia dengan sekuat tenagamu,jangan jemu, sebab pujianmu tidak pernah cukup.

31. Tiada yang pernah melihat Dia dan dapat menggambarkan-Nya,tidak ada yang mampu memberi pujian yang layak bagi-Nya.

32. Masih banyak perkara besar yang belum diketahui,sebab daripada karya-Nya hanya sebahagian kecil yang kita lihat.

33. Tuhan menciptakan alam semesta,lalu memberi kebijaksanaan kepada orang yang bertakwa.

Sirakh 43