Sirakh 43:16-17-29 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Matahari yang terbit mewartakan keajaibannyasebagai ciptaan Tuhan Yang Maha Tinggi.

3. Pada waktu siang matahari menghanguskan tanah;tidak ada yang tahan terhadap panas teriknya.

4. Orang yang menjaga perapian sangat kepanasan,tetapi matahari membakar bukit-bukit tiga kali ganda.Matahari memancarkan sinar yang menyala;cahayanya menyilaukan mata.

5. Agunglah Tuhan yang menciptakannya,dan dengan perintah-Nya, matahari mempercepat peredarannya.

6. Bulan pun tepat pada waktunya,penunjuk zaman dan penanda waktu.

7. Bulan menandakan hari-hari perayaancahayanya menjadi pudar setelah cahaya purnama.

8. Bulan memberi namanya kepada masa satu bulan;sinarnya bertambah secara ajaib dalam peredarannya.Bulan bersinar di cakerawaladan menjadi tanda bagi tentera angkasa.

9. Bintang-bintang menambah semarak cakerawala,hiasan gilang-gemilang di langit Tuhan.

16-17. Oleh sebab gemuruh petirnya, bumi meringkuk kesakitan;gunung-gunung bergoncang melihat Tuhan datang.Dengan kehendak-Nya bertiuplah angin selatan,dari utara datang badai dan angin taufan.Ditebarkan-Nya salji seperti burung yang hinggap,seperti belalang yang mendarat.

18. Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.

19. Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.

20. Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.

21. Dia menghanguskan bukit-bukit dan padang gurun,seperti api membakar rumput.

22. Tetapi semua disegarkan kembali oleh kabut;sementara embun turun, udara menjadi sejuk.

23. Dengan kuasa-Nya Dia meneduhkan samuderadan menempatkan pulau-pulau di sana.

24. Para pelaut menceritakan bahaya di lautan;dengan hairan kita dengar akan kisah mereka.

25. Sebab hal-hal aneh dan menakjubkan terdapat di sana,pelbagai makhluk hidup dan binatang yang dahsyat.

26. Setiap utusan Tuhan berjaya dalam tugasnya,segala sesuatu diatur oleh firman-Nya.

27. Masih banyak yang dapat dikatakan, tidak ada penghabisannya;dengan singkatnya, Tuhan adalah segala-galanya.

28. Bagaimanakah kita dapat memuji Dia?Dia lebih besar daripada segala ciptaan-Nya.

29. Tuhan sangat agung dan menakutkan,kuasa-Nya teramat menakjubkan.

Sirakh 43