Sirakh 42:9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)
Diam-diam seorang bapa tidak dapat tidur kerana memikirkan anak perempuannya. Waktu anak itu masih muda, bapanya khuatir jangan-jangan dia tidak mendapat suami. Sesudah anak itu berkahwin, bapanya khuatir jangan-jangan dia dibenci suaminya.