Sirakh 42:11-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

11. Awasilah dengan ketat anak perempuanmu yang keras kepala. Kalau tidak, engkau dijadikan bahan tertawaan musuh-musuhmu, buah bibir orang sekota, bahan ejekan orang, dan engkau ditertawakan di hadapan orang ramai.

12. Jangan pandang siapa pun kerana kecantikannya, dan jangan duduk-duduk bersama dengan perempuan,

13. kerana daripada mereka datang kejahatan, seperti ngengat dari pakaian.

14. Lebih baik seorang lelaki yang jahat daripada seorang perempuan yang pura-pura baik. Seorang perempuan mendatangkan malu dan nista.

15. Aku hendak mengenangkan karya Tuhan,apa yang kulihat akan kuwartakan;semuanya telah dijadikan oleh firman-Nya.

16. Sinar suria menerangi segala-galanya;karya Tuhan dipenuhi dengan kemuliaan-Nya.

17. Bahkan kepada para malaikat-Nya Tuhan tidak memberi kemampuanuntuk menceritakan segala perbuatan-Nya yang mengagumkan,yang ditentukan Tuhan Yang Maha Kuasasupaya alam semesta kukuh dalam kemuliaan-Nya.

18. Dia menyelami lautan dan hati manusiadan mengetahui segala rancangannya.Yang Maha Tinggi tahu segala yang dapat diketahui,tanda-tanda zaman difahami-Nya.

19. Dia memberitahukan yang dahulu dan yang akan datangdan menyingkapkan rahsia yang paling dalam.

20. Dia memperhatikan segala fikiran kitadan mendengar setiap kata yang kita ucapkan.

21. Dunia yang rapi teraturmenampakkan kebijaksanaan-Nya yang besar;Dia yang esa dan kekal abadi.Tidak ada yang dapat ditambahkan atau dikurangi daripada-Nya,Dia tidak memerlukan sesiapa pun sebagai penasihat.

Sirakh 42