21. Hal itu demikian kerana ada rasa malu yang mendatangkan dosa, dan ada pula rasa malu yang patut dihargai dan dipuji.
22. Jangan memihak kepada orang sehingga engkau sendiri rugi, dan jangan mengalah dengan akibat engkau sendiri celaka.
23. Jangan ragu-ragu untuk bercakap kalau perlu.
24. Pertuturanmu menyatakan kebijaksanaan dan pendidikanmu.
25. Jangan lawan kebenaran, tetapi hendaklah engkau malu kerana kebodohanmu.
26. Jangan malu mengakui dosa-dosamu; arus sungai tidak dapat dilawan.
27. Jangan biarkan dirimu dikuasai oleh orang bodoh dan jangan pula memihak kepada orang berkuasa.
28. Berjuanglah mati-matian untuk membela yang benar, maka engkau akan dibela Tuhan Allah.
29. Jangan berani dalam percakapanmu, sedangkan malas dan lalai dalam perbuatanmu.
30. Jangan bertindak seperti singa di rumahmu atau curiga terhadap pelayan-pelayanmu.