Sirakh 38:5-14 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

5. Tidakkah sebatang pokok membuat air yang tawar sesuai untuk diminum, supaya kuasa Tuhan menjadi nyata?

6. Dia memberi pengetahuan perubatan kepada manusia, supaya mereka memuji-Nya kerana perbuatan-perbuatan-Nya yang ajaib.

9. Anakku, jika engkau jatuh sakit, jangan bersikap tidak mempedulikannya. Berdoalah kepada Tuhan, maka Dia akan menyembuhkan engkau.

10. Bersihkanlah hatimu daripada segala dosa, jauhilah segala kesalahan dan selanjutnya bertindaklah dengan baik.

11. Persembahkanlah kemenyan dan korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan serta minyak, sesuai dengan kemampuanmu.

12. Lalu panggillah seorang doktor, kerana dia pun ciptaan Tuhan. Jangan biarkan dia pergi, oleh sebab engkau memerlukan dia.

13. Ada kalanya kesembuhanmu tergantung kepada kecekapan doktor.

14. Doktor itu juga berdoa kepada Tuhan supaya dia berhasil meringankan penderitaan orang sakit dan menyembuhkan mereka.

Sirakh 38