3. Celakalah fikiran jahat! Dari mana asalnya, sehingga dapat memenuhi bumi ini dengan penipuan?
4. Ada orang yang ikut menikmati kesenangan kawannya. Tetapi waktu kawan itu susah, dia menjadi lawan.
5. Ada orang yang menolong kawannya apabila mendapat keuntungan daripadanya, tetapi waktu menghadapi pertempuran, dia hanya melindungi dirinya.
6. Jangan lupakan seorang kawan sejati, jangan lupa akan dia di tengah kekayaanmu.
7. Setiap penasihat menawarkan nasihatnya, tetapi ada yang memberi nasihat demi keuntungan sendiri.
8. Berhati-hatilah terhadap seorang penasihat. Selidikilah dahulu apa kepentingannya dalam perkara itu, oleh sebab dia juga memikirkan kepentingannya sendiri. Jangan-jangan dia mempermainkan engkau
9. dan berkata bahawa semuanya baik bagimu, lalu menunggu untuk melihat apa yang akan terjadi dengan engkau.
10. Jangan minta nasihat daripada orang yang mencurigai engkau, dan sembunyikanlah rancanganmu daripada orang yang iri hati terhadap engkau.