19. Boleh jadi seorang pandai mengajar banyak orang, tetapi tidak berguna bagi dirinya sendiri.
20. Boleh jadi dia pandai berkata-kata, tetapi mati kelaparan kerana dibenci orang.
21. Hal itu demikian kerana dia tidak mempunyai kebijaksanaan, maka Tuhan tidak memberi anugerah kepadanya.
22. Ada orang yang bijaksana untuk dirinya sendiri dan berkata bahawa hasil pengetahuannya dapat dipercayai.
23. Seorang yang bijaksana menjadi guru bagi bangsanya, dan hasil pengetahuannya benar-benar dapat dipercayai.
24. Seorang bijaksana sangat dipuji, dan semua orang yang melihatnya menyatakan dia bahagia.
25. Hidup manusia hanya sebentar sahaja, sedangkan umur bangsa Israel tidak dapat dihitung.
26. Seorang bijaksana mendapat kepercayaan bangsanya, dan dia akan diingat untuk selama-lamanya.
27. Anakku, selama hidupmu periksalah dirimu dan perhatikanlah apa yang buruk bagimu, lalu jangan biarkan berterusan.
28. Tidak semuanya sesuai untuk setiap orang, dan tidak setiap orang dapat menikmati segala-galanya.
29. Janganlah dengan tidak puas-puasnya menginginkan kenikmatan apa pun, dan jangan rakus akan makanan.
30. Orang yang makan terlalu banyak menjadi sakit, dan orang yang rakus akan sakit perut.