1. Ya Tuhan, Allah semesta alam, pandanglah kami dan kasihanilah kami. Buatlah semua bangsa takut kepada-Mu.
2. Bertindaklah terhadap bangsa-bangsa asing, supaya mereka menyaksikan kekuasaan-Mu.
3. Engkau telah menggunakan kami untuk menyatakan kesucian-Mu kepada mereka. Sudilah menggunakan mereka untuk menyatakan kebesaran-Mu kepada kami.
4. Semoga mereka mengetahui apa yang kami ketahui, iaitu bahawa tidak ada Allah selain Engkau ya Tuhan.
5. Berilah tanda-tanda dan lakukanlah keajaiban-keajaiban baru, dan tunjukkanlah kuasa-Mu yang mulia kepada kami.
9. Hancurkanlah penguasa musuh yang menyangka bahawa mereka sendiri yang penting di dunia ini.
10. Sudilah mengumpulkan suku-suku Israel dan kembalikanlah tanah pusaka kepada mereka seperti sediakala.
11. Ya Tuhan, kasihanilah Israel, bangsa yang disebut menurut nama-Mu dan yang Kauperlakukan sebagai anak-Mu yang sulung.
12. Kasihanilah Yerusalem, kota suci yang Kaupilih menjadi tempat kediaman-Mu.
13. Penuhilah umat-Mu di Bukit Sion dengan keagungan-Mu dan dengan kisah-kisah tentang kebaikan-Mu.
14. Berikanlah kesaksian kepada umat-Mu yang Kauciptakan sejak semula, dan penuhilah nubuat-nubuat yang telah diucapkan atas nama-Mu.
15. Ganjarilah orang yang mengharapkan Engkau, dan tunjukkanlah bahawa nabi-nabi-Mu dapat dipercayai.
16. Ya Tuhan, dengarlah doa hamba-hamba-Mu sesuai dengan berkat Harun atas umat-Mu.