20. Orang yang mengambil milik orang miskin dan mempersembahkannya sebagai korban, sama dengan orang yang membunuh seorang anak di hadapan mata bapanya.
21. Bagi orang miskin, makanan adalah penyambung hidup. Jadi mengambil makanan daripada mereka sama sahaja dengan membunuh mereka.
22. Apabila merampas nafkah orang lain atau menahan upah seorang buruh, perkara itu sama sahaja dengan membunuh dia.
23. Kalau yang satu membangun dan yang lain merombak, apakah hasilnya selain jerih payah?
24. Kalau yang satu memberkati dan yang lain mengutuk, siapakah yang akan didengar oleh Tuhan?