Sirakh 34:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang yang bodoh tersesat dengan harapan kosong, dan fikirannya mengawang kerana mimpi.

2. Orang yang percaya pada mimpi seperti orang yang mahu menangkap bayangan atau memburu angin.

3. Yang dilihat dalam mimpi hanya seperti pantulan muka di dalam cermin.

4. Yang kotor tidak dapat menghasilkan yang bersih, begitu juga khayalan tidak dapat menghasilkan yang benar.

5. Mimpi, nujum, dan tenung hanya khayalan, seperti yang dilihat seorang wanita yang sedang sakit bersalin.

6. Jangan perhatikan mimpi, kecuali yang datang daripada Tuhan.

7. Mimpi telah menyesatkan banyak orang; yang percaya kepadanya akan tergelincir.

8. Taurat dapat dipenuhi tanpa mimpi yang menyesatkan, dan kebijaksanaan sudah sempurna apabila diucapkan oleh orang yang dapat dipercayai.

9. Seorang yang banyak mengembara, banyak pula pengetahuannya. Seorang yang banyak pengalamannya bercakap dengan penuh pengertian.

Sirakh 34