2. Sesudah melakukan semua kewajipanmu, barulah engkau boleh duduk dan bersenang-senang bersama dengan yang lain. Maka engkau akan dihormati kerana menjalankan tugasmu dengan baik.
3. Jika engkau sudah tua, engkau boleh bercakap, kerana hal itu hakmu. Tetapi kamu hendaklah bercakap seperti orang yang berpengetahuan dan jangan ganggu muzik.
4. Jangan bercakap sementara hiburan berlangsung; saat itu tidak tepat untuk menunjukkan kebijaksanaanmu.
5. Seperti batu delima dalam bingkai emas, begitulah muzik pada pesta wain.
6. Muzik yang dinikmati bersama dengan wain manis seperti batu zamrud dalam bingkai emas.
7. Jika engkau masih muda, bercakaplah seperlunya sahaja, tidak lebih daripada dua kali, dan hanya kalau ditanya.
8. Percakapanmu hendaknya singkat dan tepat. Jadilah orang yang tahu banyak tetapi berdiam diri.
9. Di hadapan orang terkemuka, jangan berbuat seolah-olah engkau setara dengan mereka, dan jangan terus berborak kalau orang lain sedang bercakap.