Sirakh 32:13-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

13. Selain itu bersyukurlah kepada Penciptamu yang telah melimpahi engkau dengan anugerah-anugerah yang baik.

14. Orang yang takut kepada Tuhan menerima teguran-Nya. Tuhan memberkati orang yang bangun pagi-pagi untuk berdoa kepada-Nya.

15. Sesiapa yang menyelidiki Taurat akan diresapi oleh Taurat. Tetapi orang yang berpura-pura akan jatuh kerananya.

16. Orang yang takut kepada Tuhan tahu apa yang tepat, dan mereka terkenal kerana perbuatan yang baik.

17. Orang yang berdosa tidak mahu menerima teguran, dan mentafsirkan Taurat menurut kemahuan sendiri.

18. Orang yang arif mempertimbangkan setiap pendapat, sedangkan orang yang sangat sombong dan orang yang bongkak tidak tahu erti malu.

19. Berfikirlah sebelum bertindak, maka engkau tidak perlu menyesali perbuatanmu.

20. Jangan tempuh jalan yang bahaya supaya engkau tidak tersandung pada batu-batunya.

21. Jangan berasa terlalu yakin di jalan yang belum dikenal.

22. Awasilah selalu jalan-jalan yang kautempuh.

23. Berwaspadalah dalam segala tindakanmu; dengan demikian engkau melakukan perintah Tuhan.

24. Orang yang percaya kepada hukum melakukan perintah Tuhan, dan orang yang percaya kepada Tuhan tidak mendapat rugi.

Sirakh 32