Sirakh 32:1-8 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Jika engkau dijadikan pemimpin perjamuan, jangan berlagak seperti orang penting. Berbuatlah seperti orang lain dan layanilah tamu-tamu sebelum engkau sendiri duduk.

2. Sesudah melakukan semua kewajipanmu, barulah engkau boleh duduk dan bersenang-senang bersama dengan yang lain. Maka engkau akan dihormati kerana menjalankan tugasmu dengan baik.

3. Jika engkau sudah tua, engkau boleh bercakap, kerana hal itu hakmu. Tetapi kamu hendaklah bercakap seperti orang yang berpengetahuan dan jangan ganggu muzik.

4. Jangan bercakap sementara hiburan berlangsung; saat itu tidak tepat untuk menunjukkan kebijaksanaanmu.

5. Seperti batu delima dalam bingkai emas, begitulah muzik pada pesta wain.

6. Muzik yang dinikmati bersama dengan wain manis seperti batu zamrud dalam bingkai emas.

7. Jika engkau masih muda, bercakaplah seperlunya sahaja, tidak lebih daripada dua kali, dan hanya kalau ditanya.

8. Percakapanmu hendaknya singkat dan tepat. Jadilah orang yang tahu banyak tetapi berdiam diri.

Sirakh 32