1. Orang yang selalu cemas tentang kekayaan tidak dapat tidur dan menjadi kurus.
2. Seorang yang cemas tentang nafkahnya tidak dapat memejamkan mata. Dia seperti diganggu oleh penyakit yang teruk.
3. Orang kaya berjerih payah untuk menambah harta. Apabila mereka berehat, mereka menikmati kekayaan.
4. Orang miskin berjerih payah tetapi nafkah mereka berkurang. Apabila mereka berehat, mereka melarat.
5. Orang yang mencintai wang tidak terlepas daripada dosa, dan orang yang memburu harta akan tersesat.
6. Banyak orang telah jatuh kerana emas, dan mereka dibinasakannya.
7. Wang merupakan perangkap bagi orang yang mendewa-dewakannya, dan setiap orang yang bodoh jatuh ke dalamnya.
8. Berbahagialah orang kaya yang kedapatan tidak bersalah mengejar wang.
9. Tunjukkan orang seperti itu, maka kita menyebut dia bahagia, oleh sebab dia telah melakukan keajaiban di tengah bangsanya.