Sirakh 30:1-10 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang bapa yang sayang kepada anaknya sering menyebat dia supaya anak itu menjadi kebanggaannya pada kemudian hari.

2. Seorang yang mendidik anaknya dengan baik akan mendapat kepuasan daripadanya. Dia boleh membanggakan anaknya di tengah kenalan-kenalannya.

3. Seorang yang mengajar anaknya dengan baik, tidak hanya dapat berbesar hati di hadapan kawan-kawannya, tetapi juga membuat musuhnya iri hati.

6. Dia meninggalkan seorang yang akan membalas dendam terhadap musuh-musuhnya dan membalas budi sahabat-sahabatnya.

7. Tetapi seorang yang memanjakan anaknya akan dilukai hatinya. Dia berasa susah hati setiap kali mendengar tangisan anaknya.

8. Kuda yang tidak dijinakkan menjadi degil. Begitu juga halnya dengan anak yang tidak ditertibkan.

9. Seorang yang menimang anaknya dan bermain dengan dia, akan dikecewakan kelak dan disedihkan olehnya.

10. Orang yang sekarang tertawa bersama-sama anak mereka, akan menangisi mereka kelak dan akhirnya akan menggertakkan gigi kerana menyesal.

Sirakh 30