Sirakh 3:4-16 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

4. dan kalau kamu menghargai ibu kamu, kamu seperti orang yang mengumpulkan harta.

5. Kalau kamu menghormati bapa kamu, kamu pun akan dibahagiakan kelak oleh anak-anak kamu, dan Tuhan akan mengabulkan doa-doa kamu.

6. Kalau kamu menghormati bapa kamu, kamu akan panjang umur. Kalau kamu taat kepada Tuhan, kamu akan menghibur ibu kamu

7. dan melayani ibu bapa seolah-olah kamu hamba mereka.

8. Hormatilah bapa kamu dalam segala perbuatan dan perkataan kamu, supaya kamu mendapat berkatnya.

9. Rumah tangga kamu akan kukuh kalau diberkati bapa kamu, tetapi hancur kalau dikutuk ibu kamu.

10. Jangan cari kehormatan bagi diri sendiri dengan merendahkan bapa kamu, kerana kalau dia dihina, hal itu bukan kehormatan bagi kamu.

11. Sebaliknya kalau kamu menghormati bapa kamu, kamu sendiri akan dihormati; tetapi kalau kamu menista ibu kamu, kamu akan mendapat malu.

12. Anakku, tolonglah bapamu pada masa tuanya. Jangan sakiti hatinya pada masa hidupnya.

13. Maafkanlah dia, juga kalau ingatannya sudah berkurang. Jangan remehkan dia kerana engkau sihat dan kuat.

14. Kebaikan yang kautunjukkan kepada bapamu tidak akan dilupakan Tuhan, melainkan akan dihitung untuk menghapus dosa-dosamu.

15. Apabila engkau dalam kesusahan, Tuhan akan mengingat kebaikanmu. Dosa-dosamu akan hilang seperti embun pada panas matahari.

16. Anak yang meninggalkan ibu bapa atau membangkitkan kemarahan mereka, sama sahaja dengan menghina Tuhan, dan dia akan dikutuk oleh Tuhan.

Sirakh 3