6. Kalau pemberi pinjaman terus mendesak, bertuahlah jika dia dengan susah payah mendapat separuhnya kembali. Kalau tidak, peminjam itu telah merampas wangnya dan tanpa alasan menjadikan dia musuhnya. Dia bukannya menghormati, melainkan mengutuk, mencela dan menghina orang yang memberi pinjaman kepadanya.
7. Oleh itu banyak orang tidak mahu memberikan pinjaman, bukan kerana jahat, tetapi kerana takut dirampas begitu sahaja.
8. Meskipun begitu, bersabarlah terhadap orang miskin. Jangan biarkan mereka menunggu sedekahmu.