Sirakh 29:15-19 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Jangan lupakan jasa seorang yang menanggung engkau, oleh sebab demi engkau dia mempertaruhkan nyawanya.

16. Seorang yang berdosa memboroskan harta orang yang menanggung dia,

17. dan seorang yang tidak tahu berterima kasih melupakan penolongnya.

18. Oleh sebab menanggung orang lain, banyak orang kaya kehilangan harta dan terumbang-ambing dalam kesukaran yang besar. Orang yang berpengaruh kehilangan rumah dan terpaksa mengembara ke negeri-negeri asing.

19. Orang berdosa yang mahu menjadi penjamin hutang untuk mengejar keuntungan akan terlibat dalam tindakan undang-undang.

Sirakh 29