12. Kalau bunga api ditiup, apinya berpijar. Kalau diludahi, apinya padam. Kedua-duanya dilakukan dengan mulut.
13. Seorang yang suka berbohong dan menyebarkan fitnah harus dikutuk kerana dia menyebabkan kejatuhan banyak orang yang hidup tenteram.
14. Seorang yang suka memfitnah menggoncangkan banyak orang dan membuat mereka mengembara dari negeri ke negeri. Kota-kota yang kuat telah dihancurkannya dan keluarga para pembesar dimusnahkannya.
15. Oleh sebab fitnah, isteri-isteri yang berbudi diceraikan dan hasil jerih payah mereka dirampas.
16. Orang yang mendengar fitnah tidak akan menemukan ketenangan dan ketenteraman hati.
17. Sebatan dengan cambuk menyebabkan bilur, tetapi kata-kata jahat mematahkan tulang.
18. Banyak orang jatuh kerana pedang, tetapi lebih banyak yang jatuh kerana lidah.
19-20. Berbahagialah orang yang terhindar daripada kemarahan pemfitnah, dan berbahagia pula orang yang tidak memikul beban seberat besi dan yang tidak terikat kakinya dengan rantai gangsa.
21. Kata-kata jahat menyebabkan orang mati dengan sengsara, tetapi bagi mereka lebih baik mati daripada hidup.
22. Orang salih tidak dapat dikuasai oleh fitnah dan tidak akan terbakar oleh apinya.