Sirakh 26:12-18 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Di mana sahaja, dia akan duduk mengangkang di hadapan setiap lelaki yang mengingini dia, seperti pengembara yang haus minum apa sahaja yang didapatnya.

13. Kecantikan seorang isteri menyenangkan suaminya, dan kepandaiannya membuat dia sihat.

14. Isteri yang pendiam ialah anugerah daripada Tuhan; tidak ada yang lebih berharga daripada isteri yang terdidik.

15. Isteri yang bersopan dan murni sangat berharga, dan tidak ada taranya.

16. Kecantikan isteri yang baik dalam rumah tangga yang teratur seperti matahari yang bersinar di langit Tuhan.

17. Wajah yang cantik dan tubuh yang elok seperti lampu yang bersinar pada kaki lampu di Rumah Tuhan.

18. Kaki yang molek dan pergelangan kaki yang kuat seperti tiang emas yang beralas perak.

Sirakh 26