1. Berbahagialah seorang suami yang mempunyai isteri yang baik. Umurnya akan bertambah dua kali ganda.
2. Seorang isteri yang budiman menggembirakan hati suaminya sehingga dia dapat hidup tenteram sehingga akhir hayatnya.
3. Isteri yang baik ialah anugerah yang diberikan kepada orang yang takut akan Tuhan.
4. Sama ada kaya atau miskin, hati mereka selalu senang dan wajah mereka gembira.
5. Ada tiga perkara yang menakutkan hatiku, iaitu: fitnah yang disebarkan di kota, orang ramai yang berkumpul, dan tuduhan palsu. Semua itu lebih buruk daripada kematian. Perkara keempat membuat aku ketakutan, iaitu
6. kesedihan dan sakit hati yang didatangkan oleh seorang wanita yang iri hati terhadap wanita lain, dan yang membidas setiap orang.
7. Seorang isteri yang jahat seperti kok lembu yang goyah; mengendalikan dia sama dengan memegang kala jengking.