Sirakh 25:14-25 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

14. Tidak ada penderitaan yang lebih berat daripada yang disebabkan oleh pembenci. Tidak ada dendam yang lebih dahsyat daripada dendam musuh.

15. Tidak ada bisa yang lebih berbahaya daripada bisa ular, dan tidak ada kemarahan yang lebih berbahaya daripada kemarahan musuh.

16. Lebih baik tinggal serumah dengan singa dan naga daripada tinggal dengan isteri yang jahat.

17. Kejahatan seorang perempuan mengubah air mukanya dan menyuramkan wajahnya sehingga mirip beruang.

18. Suaminya terpaksa pergi dan makan di rumah jiran, dan dia tentu berkeluh-kesah dengan pahitnya.

19. Setiap kejahatan nampak kecil apabila dibandingkan dengan kejahatan seorang perempuan. Semoga dia dihukum seperti orang yang berdosa.

20. Lelaki pendiam yang mempunyai isteri cerewet seperti seorang tua yang harus mendaki gunung pasir.

21. Jangan ingini perempuan dan jangan terpikat dengan kecantikan mereka.

22. Kalau seorang isteri menyara suaminya, pasti dia akan memarahi, menghina, dan memalukan suaminya.

23. Seorang isteri yang jahat membuat suaminya murung, sakit hati, dan bermuka muram. Seorang isteri yang tidak membahagiakan suaminya menjadikan dia orang yang lemah dan tidak berdaya.

24. Dosa bermula daripada seorang perempuan, dan kerana dia kita semua harus mati.

25. Jangan biarkan seorang isteri yang jahat bercakap bebas, seperti air tangki juga tidak dibiarkan bocor.

Sirakh 25