Sirakh 24:3-21 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

3. “Aku perkataan yang berasal daripada Yang Maha Tinggi,seperti kabut aku menutupi bumi.

4. Aku tinggal di tempat yang tinggi,takhtaku ada di atas awan.

5. Seorang diri aku mengelilingi langitdan mengharungi lautan di bawah bumi.

6. Aku menguasaiseluruh bumi dan gelombang laut,serta segala suku bangsa.

7. Aku mencari tempat kediaman antara mereka semua:suatu wilayah untuk menetap.

8. Lalu Pencipta alam semesta yang mencipta akumenentukan tempat kediaman bagiku.‘Tinggallah di Israel,’ perintah-Nya,‘keturunan Yakub akan menjadi milikmu.’

9. Aku diciptakannya sejak awal muladan akan wujud untuk selama-lamanya.

10. Aku berbakti kepada-Nya di dalam Khemah Tuhandan menetap di Bukit Sion.

11. Dia menempatkan aku di kota kesayangan-Nya;aku diberi kuasa atas kota Yerusalem.

12. Maka berakarlah aku di tengah bangsa yang terpujiyang dipilih oleh Tuhan menjadi milik-Nya sendiri.

13. Aku tumbuh seperti pokok sedar di Lebanon,seperti pokok sipres di Gunung Hermon.

14. Aku berkembang seperti pokok kurma di En-Gedi,seperti bunga mawar di Yerikho,laksana pokok zaitun yang indah di dataran,laksana pokok berangan yang menjadi besar di tepi air.

15. Aku harum seperti kayu manis,seperti minyak wangi dan kemenyan pilihan;semerbak laksana wangi-wangiandan asap kemenyan di Khemah Tuhan.

16. Seperti pokok oak kubentangkan dahan-dahanku;ranting-rantingku elok untuk dipandang.

17. Seperti pokok anggur aku menumbuhkan tunas-tunas indah,bungaku menjadi buah yang banyak dan lazat.

19. Datanglah, siapa sahaja yang mengingini aku,makanlah buah-buahku sehingga kenyang.

20. Kenanganku lebih manis daripada madu,memiliki aku lebih manis daripada sarang lebah.

21. Yang makan aku masih lapar jugadan yang minum aku masih haus.

Sirakh 24