Sirakh 24:19-31 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

19. Datanglah, siapa sahaja yang mengingini aku,makanlah buah-buahku sehingga kenyang.

20. Kenanganku lebih manis daripada madu,memiliki aku lebih manis daripada sarang lebah.

21. Yang makan aku masih lapar jugadan yang minum aku masih haus.

22. Orang yang taat kepadaku tidak akan kecewadan yang bekerja dengan bimbinganku tidak akan berdosa.”

23. Kebijaksanaan terdapat dalam Perjanjian Allah Yang Maha Tinggi, iaitu hukum yang diberikan Musa kepada kita sebagai pusaka umat Israel.

25. Hukum itu penuh dengan kebijaksanaan berlimpah-limpah seperti Sungai Pison atau Sungai Tigris pada musim buah-buahan.

26. Hukum itu meluapkan pengertian seperti Sungai Efrat atau Sungai Yordan pada musim menuai.

27. Hukum itu mengalirkan pengajaran seperti Sungai Nil atau Sungai Gihon pada musim memetik buah anggur.

28. Manusia yang pertama tidak mengenal kebijaksanaan dengan sempurna, dan manusia terakhir pun tidak akan menyelaminya,

29. oleh sebab fikirannya lebih berisi daripada samudera dan nasihatnya lebih dalam daripada samudera raya di bawah bumi.

30. Aku ini seperti parit yang mengalirkan air dari sungai ke taman.

31. Aku bermaksud mengairi kebunku dan petak persemaianku. Tetapi tiba-tiba paritku menjadi sungai, dan sungai menjadi laut.

Sirakh 24