12. Maka berakarlah aku di tengah bangsa yang terpujiyang dipilih oleh Tuhan menjadi milik-Nya sendiri.
13. Aku tumbuh seperti pokok sedar di Lebanon,seperti pokok sipres di Gunung Hermon.
14. Aku berkembang seperti pokok kurma di En-Gedi,seperti bunga mawar di Yerikho,laksana pokok zaitun yang indah di dataran,laksana pokok berangan yang menjadi besar di tepi air.
15. Aku harum seperti kayu manis,seperti minyak wangi dan kemenyan pilihan;semerbak laksana wangi-wangiandan asap kemenyan di Khemah Tuhan.
16. Seperti pokok oak kubentangkan dahan-dahanku;ranting-rantingku elok untuk dipandang.
17. Seperti pokok anggur aku menumbuhkan tunas-tunas indah,bungaku menjadi buah yang banyak dan lazat.
19. Datanglah, siapa sahaja yang mengingini aku,makanlah buah-buahku sehingga kenyang.
20. Kenanganku lebih manis daripada madu,memiliki aku lebih manis daripada sarang lebah.
21. Yang makan aku masih lapar jugadan yang minum aku masih haus.
22. Orang yang taat kepadaku tidak akan kecewadan yang bekerja dengan bimbinganku tidak akan berdosa.”
23. Kebijaksanaan terdapat dalam Perjanjian Allah Yang Maha Tinggi, iaitu hukum yang diberikan Musa kepada kita sebagai pusaka umat Israel.
25. Hukum itu penuh dengan kebijaksanaan berlimpah-limpah seperti Sungai Pison atau Sungai Tigris pada musim buah-buahan.
26. Hukum itu meluapkan pengertian seperti Sungai Efrat atau Sungai Yordan pada musim menuai.