3. Apabila mempunyai anak yang tidak terdidik, hal itu memalukan seorang bapa, dan kelahiran seorang anak perempuan merupakan suatu kerugian.
4. Seorang gadis yang berbudi akan mendapat suami, tetapi seorang gadis yang tidak tahu malu menyusahkan bapanya.
5. Seorang wanita yang kurang ajar memalukan bapanya dan suaminya, dan tidak dihargai oleh kedua-duanya.
6. Kemarahan pada saat yang tidak tepat sama dengan bermain muzik bagi orang yang sedang berkabung. Mendidik dengan pukulan selalu merupakan tindakan yang bijaksana.
9. Mengajar orang bodoh sama dengan melekat kembali periuk yang pecah atau membangunkan orang daripada tidur nyenyak.
21-22. Jika engkau bertengkar atau berkelahi dengan kawanmu, jangan putus asa. Engkau masih dapat berdamai dengan dia. Tetapi setiap kawan akan lari jika engkau mencaci dia, bersikap bongkak, membuka rahsianya atau mengkhianatinya.
23. Jadilah orang kepercayaan jiranmu pada waktu dia miskin, maka engkau dapat bergembira bersama dia pada waktu dia makmur. Dampingilah dia dalam kesusahan, maka engkau mendapat bahagian dalam warisannya.
24. Seperti wap dan asap mendahului api, begitu juga penghinaan mendahului penumpahan darah.
25. Aku tidak malu melindungi kawan dan tidak akan bersembunyi kalau dia memerlukan bantuanku.
26. Tetapi kalau aku ditimpa kemalangan kerana dia, setiap orang yang mendengarnya akan berwaspada terhadapnya.
27. Semoga mulutku dijaga dan bibirku dimeterai dengan kebijaksanaan. Maka aku akan terhindar daripada membuat kesalahan dan tidak akan celaka kerana ucapan lidahku.