3. Setiap pelanggaran hukum meninggalkan luka yang tidak dapat disembuhkan, seperti tusukan pedang bermata dua.
4. Kezaliman dan keganasan dapat memusnahkan harta kekayaan. Begitu juga rumah orang bongkak akan hancur.
5. Allah mendengarkan doa orang miskin dan segera memberi keadilan kepada mereka.
6. Orang yang tidak mahu menerima teguran, mengikuti jejak orang yang berdosa. Tetapi orang yang takut kepada Tuhan bertaubat dalam hati.
7. Orang yang bermulut besar terkenal di mana-mana, tetapi seorang yang arif sedar apabila dia berbuat salah.
8. Seorang yang meminjam wang untuk membina rumahnya, sama dengan seorang yang mengumpulkan batu untuk kuburannya.
9. Kumpulan orang jahat seumpama timbunan kayu bakar; akhirnya mereka akan musnah ditelan api.
20-21. tetapi seperti gelang emas bagi orang arif. Orang bodoh tertawa terbahak-bahak, tetapi orang pandai diam-diam tersenyum.
22-23. Orang bodoh mengintip dari pintu rumah orang lain dan langsung masuk, sedangkan orang terdidik menunggu dengan sopan di hadapan pintu.
24. Orang yang kurang ajar memasang telinga pada pintu, tetapi orang terdidik malu berbuat demikian.
25. Seorang pembual mengulangi perkataan orang lain, tetapi seorang cerdik menimbang-nimbang perkataannya.
26. Orang bodoh mengatakan apa sahaja yang timbul dalam fikiran mereka, tetapi orang bijaksana berfikir dahulu sebelum bercakap.
27. Kalau orang jahat mengutuk syaitan, mereka mengutuk diri sendiri.
28. Seorang yang suka memfitnah mencemarkan diri sendiri, dan dia dibenci oleh setiap orang di lingkungannya.