Sirakh 21:1-9 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Jika engkau telah berdosa, hai anakku, janganlah berdosa lagi, tetapi berdoalah supaya dosamu diampunkan.

2. Jauhilah dosa seperti menjauhi ular. Jika engkau mendekatinya, pasti engkau dipatuknya. Giginya seperti gigi singa yang merenggut nyawa manusia.

3. Setiap pelanggaran hukum meninggalkan luka yang tidak dapat disembuhkan, seperti tusukan pedang bermata dua.

4. Kezaliman dan keganasan dapat memusnahkan harta kekayaan. Begitu juga rumah orang bongkak akan hancur.

5. Allah mendengarkan doa orang miskin dan segera memberi keadilan kepada mereka.

6. Orang yang tidak mahu menerima teguran, mengikuti jejak orang yang berdosa. Tetapi orang yang takut kepada Tuhan bertaubat dalam hati.

7. Orang yang bermulut besar terkenal di mana-mana, tetapi seorang yang arif sedar apabila dia berbuat salah.

8. Seorang yang meminjam wang untuk membina rumahnya, sama dengan seorang yang mengumpulkan batu untuk kuburannya.

9. Kumpulan orang jahat seumpama timbunan kayu bakar; akhirnya mereka akan musnah ditelan api.

20-21. tetapi seperti gelang emas bagi orang arif. Orang bodoh tertawa terbahak-bahak, tetapi orang pandai diam-diam tersenyum.

22-23. Orang bodoh mengintip dari pintu rumah orang lain dan langsung masuk, sedangkan orang terdidik menunggu dengan sopan di hadapan pintu.

Sirakh 21