Sirakh 20:2-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

2. Tetapi lebih baik memberi teguran daripada terus marah.

3. Orang yang mengakui kesalahan tidak akan rugi.

4. Orang yang mahu memaksakan hukum dengan kekerasan sama dengan orang dikembiri yang ingin memperkosa seorang gadis.

5. Ada orang yang dianggap bijaksana kerana tidak banyak bercakap, dan ada yang dibenci kerana perbualannya.

6. Ada yang diam kerana tidak tahu jawapannya, dan ada yang diam kerana tahu saat yang tepat untuk bercakap.

7. Seorang yang bijaksana menahan kata-katanya sehingga saat yang tepat, tetapi orang bodoh dan pembual bercakap melewati batas waktu.

Sirakh 20