17. Orang sebodoh itu terus-menerus menjadi ejekan orang.
18. Lebih baik jatuh kerana salah langkah daripada jatuh kerana salah cakap. Kejatuhan orang jahat sama seperti orang yang jatuh tergelincir.
19. Orang yang tidak tahu adat bagaikan cerita tidak sesuai yang diulang-ulang oleh orang bodoh.
20. Peribahasa yang diucapkan orang bodoh tidak akan diterima, oleh sebab diucapkan pada saat yang tidak tepat.
21. Ada orang yang terhindar daripada dosa kerana terlalu miskin. Dia dapat berehat tanpa diganggu oleh suara batinnya.
22. Ada orang yang kehilangan harga diri kerana berasa segan untuk bercakap di hadapan orang bodoh.
23. Ada orang malu menepati janji-janji yang dibuat kepada kawan, dan tidak seharusnya kawan itu dijadikannya lawan.
24. Dusta merupakan noda yang buruk pada seseorang; orang yang kurang ajar berdusta terus-menerus.
25. Seorang pencuri lebih baik daripada seorang pendusta, tetapi kedua-duanya menuju kebinasaan.
26. Kebiasaan membohong adalah sesuatu yang memalukan, dan rasa malunya tidak akan lenyap.
27. Orang yang bijak bercakap akan maju, dan orang arif disukai para pembesar.
28. Orang yang mengerjakan tanah akan memungut tuaian yang berlimpah. Begitu juga orang yang disukai para pembesar dapat pengampunan terhadap kesalahan mereka.