1. Anakku, jika engkau mahu mengabdi kepada Tuhan, engkau harus bersiap sedia untuk menghadapi pengujian.
2. Tabahkanlah dan teguhkanlah hatimu; jangan gelisah apabila menemui kesukaran.
3. Hendaklah engkau tetap setia kepada Tuhan dan jangan berpaling daripada-Nya, supaya engkau bahagia pada akhir hidupmu.
4. Terimalah apa sahaja yang menimpa dirimu, dan hendaklah engkau sabar, sekalipun engkau dihina,
5. oleh sebab emas diuji dalam api, dan orang yang dikasihi Tuhan diuji dalam api penghinaan.
6. Percayalah kepada Tuhan, maka Dia akan menolong engkau. Luruskanlah jalan hidupmu dan berharaplah kepada-Nya.
7. Kamu yang takut kepada Tuhan, nantikanlah belas kasihan-Nya. Janganlah berpaling daripada-Nya supaya kamu tidak jatuh.
8. Kamu yang takut kepada Tuhan, percayalah kepada-Nya. Pasti kamu mendapat ganjaran.
9. Kamu yang takut kepada Tuhan, harapkanlah kesejahteraan, belas kasihan, dan sukacita yang kekal.