Sirakh 18:15-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

15. Anakku, jangan tolong orang sambil memarahi mereka. Kalau engkau berbuat amal, jangan disertai kata-kata yang menyakiti hati.

16. Kata-katamu seperti embun yang memberi kesejukan dalam panas terik dan lebih berharga daripada pemberian.

17. Kata-kata yang tepat lebih berharga daripada hadiah yang bagus. Tetapi orang yang dermawan memberi kedua-duanya.

18. Orang yang bodoh tidak memberi, malah mencaci maki. Pemberian yang disertai rasa marah tidak akan membuat orang senang.

19. Belajarlah sebelum bercakap dan jagalah kesihatanmu sebelum jatuh sakit.

20. Periksalah batinmu sebelum engkau diadili Tuhan, supaya apabila saat itu tiba engkau mendapat pengampunan.

21. Rendahkanlah dirimu sebelum engkau dihukum dengan penyakit. Apabila engkau berdosa, nyatakanlah bahawa engkau bertaubat.

22. Jika engkau membuat janji kepada Tuhan, penuhilah janji itu tepat pada waktunya dan jangan tundanya hingga engkau mati.

23. Tetapi sebelum membuat janji, bersiaplah untuk menepatinya dan jangan cubai kesabaran Tuhan.

24. Ingatlah akan kemurkaan Tuhan pada hari kematianmu dan akan pembalasan-Nya pada saat Dia membelakangi engkau.

Sirakh 18