Sirakh 16:9-23 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

9. Bangsa yang berdosa itu tidak disayangi-Nya, melainkan dimusnahkan-Nya kerana dosa mereka.

10. Begitu juga nasib 600,000 orang dalam perjalanan di padang gurun yang dengan degil berkumpul untuk memberontak.

11. Bahkan sekiranya ada seorang sahaja yang degil, sungguh suatu keajaiban kalau dia terlepas daripada hukuman. Tuhan penuh belas kasihan, tetapi juga dapat menjadi murka. Dia berkuasa untuk memberi ampun, tetapi juga menimpakan kemurkaan-Nya.

12. Belas kasihan Tuhan berlimpah-limpah, tetapi hukuman-Nya pun sangat berat. Dia menghakimi orang sesuai dengan perbuatan mereka.

13. Orang yang berdosa dan barang rampasan mereka tidak akan terlepas, sedangkan orang salih yang sabar tidak akan dikecewakan.

14. Setiap orang salih akan menerima upahnya dan masing-masing akan menerima sesuai dengan perbuatannya.

17. Jangan berkata, “Aku akan bersembunyi daripada Allah. Di atas sana tidak ada sesiapa yang memikirkan aku. Aku tidak akan dikenali di kalangan sekian banyak orang. Aku tidak bererti di dalam ciptaan yang tidak terhingga ini.”

18. Apabila Tuhan datang, segala sesuatu akan goncang: bumi dan samudera yang luas di bawahnya, langit dan angkasa raya di atasnya.

19. Gunung-gunung bergoncang dan dasar-dasar bumi gementar apabila dipandang Tuhan.

20. Tetapi semua itu tidak terfikir oleh manusia dan tidak ada yang memperhatikan jalan-jalan Tuhan.

21. Kebanyakan karya Tuhan tersembunyi seperti angin taufan yang tidak kelihatan oleh manusia.

22. “Siapa mahu memberitakan perbuatan-perbuatan Tuhan yang adil dan siapa masih mahu menantikan-Nya? Hal itu demikian kerana lambat sekali Tuhan melaksanakan apa yang dijanjikan-Nya.”

23. Begitulah fikiran orang yang cetek pengetahuannya, bodoh, dan tersesat.

Sirakh 16