21. Kebanyakan karya Tuhan tersembunyi seperti angin taufan yang tidak kelihatan oleh manusia.
22. “Siapa mahu memberitakan perbuatan-perbuatan Tuhan yang adil dan siapa masih mahu menantikan-Nya? Hal itu demikian kerana lambat sekali Tuhan melaksanakan apa yang dijanjikan-Nya.”
23. Begitulah fikiran orang yang cetek pengetahuannya, bodoh, dan tersesat.
24. Anakku, dengarlah dan perhatikanlah kata-kataku supaya engkau memperoleh pengetahuan.
25. Aku akan menyampaikan pengajaran dengan teratur dan pengetahuan dengan teliti.
26. Pada permulaan, Allah menciptakan segala-galanyadan Dia menentukan setiap tempatnya.
27. Seluruh ciptaan diatur-Nya untuk selama-lamanya,dan untuk setiap makhluk dan keturunannya ditentukan wilayah kekuasaannya.Tidak ada yang kelaparandan tidak ada yang menjadi lelah atau berhenti bekerja.