14. Ketika Tuhan menciptakan manusia pada awal mula, Dia memberi mereka kekuasaan untuk mengambil keputusan.
15. Jika engkau mahu, engkau dapat mentaati perintah-perintah Tuhan. Engkau dapat memilih sama ada mahu setia kepada-Nya atau tidak.
16. Tuhan menempatkan api dan air di hadapanmu. Ambil sahaja mana yang kausukai.
17. Hidup dan mati ada pada manusia. Apa yang dipilih mereka akan diberikan kepada mereka.