2. Berbahagialah seorang yang tidak dipersalahkan oleh suara hatinya dan yang tidak pernah kehilangan harapannya.
3. Tidak patut apabila seorang kikir menjadi kaya. Apa gunanya harta benda bagi orang yang terlalu kedekut?
4. Barang siapa menimbun harta sehingga merugikan dirinya sendiri, sesungguhnya orang itu mengumpulkan kekayaan untuk orang lain. Hal itu demikian kerana kekayaanmu akan digunakan oleh orang lain untuk hidup dengan mewah.
5. Bagaimanakah seseorang bermurah hati terhadap orang lain jika dia keras terhadap diri sendiri? Padahal dia tidak dapat menikmati hartanya sendiri.
6. Siapa yang lebih malang daripada seorang yang kikir terhadap dirinya sendiri? Itulah hukuman bagi kejahatannya.
7. Bahkan kalau dia berbuat baik, perbuatan itu dibuat dengan tidak sengaja. Lambat laun kekikirannya akan nampak juga.
8. Orang yang iri hati ialah orang jahat; mereka membuang muka dan memandang rendah orang lain.
9. Seorang yang serakah tidak pernah puas dengan miliknya. Keserakahan membuat orang berjiwa kerdil.
10. Seorang yang kikir begitu hemat, sehingga tidak ada cukup makanan di mejanya.
11. Anakku, sekadar kemampuanmu peliharalah dirimu dengan baik-baik, tetapi bawalah juga persembahan yang patut bagi Tuhan.
12. Ingatlah bahawa suatu hari engkau akan mati dan engkau tidak diberitahu bila saatnya.
13. Sebelum hari itu tiba hendaklah engkau berbuat baik kepada sahabat-sahabatmu, dan berilah mereka menurut kemampuanmu.