Sirakh 13:8-12 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

8. Waspadalah, jangan sampai engkau ditipu dan dihina kerana kebodohanmu.

9. Jika engkau diundang ke rumah seorang yang berkuasa, hendaklah engkau tahu diri. Maka engkau akan lebih sering diundang olehnya.

10. Jangan tonjolkan diri supaya engkau tidak ditolak, tetapi jangan pula terlalu menjauh, nanti engkau dilupakan.

11. Jangan anggap dirimu setara dengan orang yang berkuasa itu. Jangan pula percaya segala katanya, kerana dengan cakap banyak dia mahu menguji engkau dan dengan senyumnya dia memancing engkau.

12. Sungguh kejam orang yang tidak menyimpan rahsiamu; dia tidak segan melukai atau memenjara engkau.

Sirakh 13