5. Lakukanlah yang baik kepada orang yang rendah hati, tetapi jangan beri apa-apa kepada orang jahat. Jangan beri mereka makan, supaya mereka tidak menjadi lebih kuat daripada engkau. Hal itu demikian kerana semua kebaikanmu terhadap mereka akan dibalas oleh mereka dengan kejahatan dua kali lipat.
6. Allah Yang Maha Tinggi pun membenci orang yang berdosa, dan Dia akan menghukum mereka.
7. Jadi berilah kepada orang baik, tetapi jangan tolong orang yang berdosa.
8. Pada masa kesejahteraan, sukar mengetahui siapa sahabat yang sejati, tetapi pada masa kesusahan mudah mengenali musuh.
9. Waktu seseorang sejahtera, musuh-musuhnya sakit hati; tetapi waktu dia susah, kawan-kawannya pun meninggalkan dia.
10. Jangan sekali-kali percaya kepada musuh, oleh sebab kejahatan mereka merosakkan seperti karat.
11. Sekalipun mereka bersikap rendah hati dan berjalan membongkok, waspadalah dan berhati-hatilah terhadap mereka. Berlakulah terhadap mereka seperti seorang penggosok cermin logam; akhirnya karatnya akan hilang juga.
12. Seorang musuh jangan kautempatkan di sampingmu; nanti dia menggeser engkau dan mengambil tempatmu. Jangan biarkan dia duduk di sebelah kananmu; nanti dia menggulingkan engkau dari tempat kehormatanmu. Maka akhirnya engkau mengakui kebenaran kata-kataku dan menyesal apabila teringat akan nasihatku.
13. Tidak seorang pun berasa kasihan kalau seorang pawang ular atau penjinak binatang buas digigit.