6. Jangan kesal kepada sesamamu kerana setiap kesalahan yang dibuat mereka, dan jangan lakukan tindakan kekerasan.
7. Keangkuhan dan ketidakadilan dibenci oleh Tuhan mahupun manusia.
8. Akibat kelaliman, keangkuhan dan wang, pemerintah yang satu digulingkan dan diganti oleh yang lain.
9. Manusia hanya debu dan abu; apa pula yang mahu dibanggakan? Selagi masih hidup pun, badan sudah mula membusuk.
10. Penyakit yang tidak mahu sembuh membingungkan para doktor. Malahan seorang raja pun yang memerintah hari ini, akan mangkat pada esoknya.
11. Apabila seorang mati, yang dimilikinya hanyalah cacing, lalat, dan ulat.
12. Kebongkakan timbul sejak orang meninggalkan Tuhan dan menjauhkan hati mereka daripada Pencipta mereka.
13. Hal itu demikian kerana punca kebongkakan ialah dosa. Orang yang bersifat sombong terus-menerus berbuat keji. Itulah sebabnya Tuhan menyeksa mereka dengan berat dan membinasakan mereka sama sekali.
14. Tuhan telah menggulingkan raja-raja dan mengangkat orang yang rendah hati sebagai pengganti.
15. Tuhan telah mencabut bangsa-bangsa bersama dengan akar-akar mereka, dan menggantikan mereka dengan yang rendah hati.
16. Negeri mereka digulingkan-Nya dan dihancurkan-Nya sama sekali.
17. Bahkan ada yang dimusnahkan dan dilenyapkan dari muka bumi sehingga tidak diingat lagi.
18. Tuhan Pencipta tidak memaksudkan kebongkakan dan kemarahan yang hebat bagi manusia.
19. Siapa yang patut dihormati? Orang yang takut kepada Tuhan. Siapa yang patut dicela? Orang yang melanggar perintah Tuhan.
20. Seorang pemimpin dihormati di kalangan saudaranya, dan Tuhan memberi kehormatan kepada orang yang takut kepada-Nya.