Sirakh 10:12-24 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

12. Kebongkakan timbul sejak orang meninggalkan Tuhan dan menjauhkan hati mereka daripada Pencipta mereka.

13. Hal itu demikian kerana punca kebongkakan ialah dosa. Orang yang bersifat sombong terus-menerus berbuat keji. Itulah sebabnya Tuhan menyeksa mereka dengan berat dan membinasakan mereka sama sekali.

14. Tuhan telah menggulingkan raja-raja dan mengangkat orang yang rendah hati sebagai pengganti.

15. Tuhan telah mencabut bangsa-bangsa bersama dengan akar-akar mereka, dan menggantikan mereka dengan yang rendah hati.

16. Negeri mereka digulingkan-Nya dan dihancurkan-Nya sama sekali.

17. Bahkan ada yang dimusnahkan dan dilenyapkan dari muka bumi sehingga tidak diingat lagi.

18. Tuhan Pencipta tidak memaksudkan kebongkakan dan kemarahan yang hebat bagi manusia.

19. Siapa yang patut dihormati? Orang yang takut kepada Tuhan. Siapa yang patut dicela? Orang yang melanggar perintah Tuhan.

20. Seorang pemimpin dihormati di kalangan saudaranya, dan Tuhan memberi kehormatan kepada orang yang takut kepada-Nya.

22. Takut kepada Tuhan menjadi kebanggaan setiap orang, baik yang kaya, yang terkenal, mahupun yang miskin.

23. Tidak baik menghina orang miskin yang arif, dan tidak patut menghormati orang yang berdosa.

24. Orang terkemuka, para penguasa, dan hakim-hakim dihormati, tetapi antara mereka tidak ada yang lebih besar daripada yang takut kepada Tuhan.

Sirakh 10