Sirakh 10:1-7 Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika) (BMDC)

1. Seorang penguasa yang cekap dan bijaksana mendidik rakyatnya dan menjalankan pemerintahannya dengan teratur.

2. Seperti penguasa begitu juga pegawainya, dan seperti pemerintah kota begitu juga penduduknya.

3. Seorang raja yang tidak terdidik menghancurkan rakyatnya. Sebuah kota yang diperintah oleh orang bijaksana akan makmur.

4. Tuhan mengawasi pemerintahan dunia dan Dia mengangkat orang yang sesuai untuk memerintah pada waktu yang tepat.

5. Kejayaan orang ada di dalam tangan Tuhan, dan Tuhanlah yang menganugerahi para pegawai.

6. Jangan kesal kepada sesamamu kerana setiap kesalahan yang dibuat mereka, dan jangan lakukan tindakan kekerasan.

7. Keangkuhan dan ketidakadilan dibenci oleh Tuhan mahupun manusia.

Sirakh 10